Wednesday, July 18, 2012

.: Resepi Hari Ini - Muffin Pisang :.


Banana Muffin
Source: Kak Rima Bisous a Toi

Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang (lenyekkan) - saya guna 5 biji sebab pisang kecil
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan butter (di cairkan)
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna - saya guna tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Chocolate chip - untuk hiasan

Cara-cara Membuat:

  1.  Panaskan oven 175C. Letakkan bekas muffin kedalam tray muffin
  2. Lenyekkan pisang. Kacau sebentar
  3. Masukkan gula dan kacau lagi
  4. Pecahkan telur..Kacau lagi
  5. Masukkan butter yang telah dicairkan dan esen vanilla. Kacau lagi adunan tersebut
  6. Akhir sekali masukkan tepung, baking soda, baking powder dan garam yang telah diayak kedalam adunan tadi. Kaup balik adunan tesebut sehingga rata.
  7. Masukkan adunan kedalam bekas muffin dan hiaskan dengan chocolate chip dan pisang di atas muffin.
  8. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 20 minit.

~ SELAMAT MENCUBA ~



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

4 comments:

atty's said...

sedap betul nampak muffin pisang.. :)

Iylia said...

@atty's tryla buat kak.senang je :)

cik najihah said...

thanks for sharing

Ardini Humaira said...

nanti dekat raya nak wat muffin pisang :D

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.