Wednesday, May 14, 2014

Resepi Hari Ini : Thai Green Curry Chicken

Hola!! Dah setahun rupanya aku abaikan blog ni. Banyak benda yang terjadi. Yang tu nanti-nantila aku story ye :)
Ok hari ni nak upload resepi Thai Green Curry Chicken. Biasanya kalau pergi makan dekat Thai Restaurant, ni adalah salah satu favourite menu yang akan di order. Dah lama teringin nak cuba masak Green Curry Chicken ni sendiri. So google and jumpa resepi dari blog Mat Gebu. Sedap jugaklah hasil resepi ni. Memenuhi piawaian tekak aku.


Thai Green Curry
Sumber: Tiffinbiru @ Mat Gebu

BAHAN PES KARI HIJAU :-) --> Bahan pes ni aku dapat buat untuk 2kali makan. Almaklumlah rumah                                                                               xramai orang
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan --> Aku guna ayam
3/4 cawan terung pipit, cuci dan toskan --> xletak
1 biji tomato, belah 6
1 cawan hirisan rebung --> xletak
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu besar --> xletak
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!..


Kalau korang tengah pikir-pikir balik kerja karang nak masak apa, boleh lah consider kan untuk masak Thai Green Curry Chicken ni. Memang confirm sedap!





p/s: BTW, Sweet Cottage beroperasi macam biasa. If korang nak orde, sila isi order form ye.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

4 comments:

juliana RR said...

yummy!

bungkilan said...

Nampak cam sedap ja. Sebelum ni tak pernah dengar pula kari hijau... Ni la pertama kali saya dengar menu kari hijau.

juliana RR said...

yg ni mcm aku teringat kita makan kat qthai dlu iylia...sedap!

Iylia said...

@Kak Julie: Haah memang yang kat qthai tu. Rindu nak makan. Tu yang beria cari resepi tu.hehe

@bungkilan: Ni menu thai. tu yang tak pernah dengar

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.