Saturday, June 28, 2014

Selamat Berpuasa

Selamat Menyambut Ramadan.. Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua.

Tuesday, June 24, 2014

Sweet Cottage @ GalaxyBazaar 2.0 | 26 Jun 2014

Assalamualaikum semua...Jemput datang beramai-ramai ke Koperasi MPOB Berhad, Bangi pada 26 Jun 2014 dari jam 10am - 4pm. Sweet Cottage akan berada di sana untuk memeriahkan event GalaxyBazaar 2.0.



InsyaAllah,kami akan menjual:

  • Carrot Cheese Cake
  • Cornflakes Chocolate
  • Almond Rocher
  • Set Beriani Darat Johor



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Friday, June 20, 2014

Resepi Grilled Salmon

Dah banyak kali pergi beli barang dapur kat Giant and ternampak Salmon. Dah la is dia cantik je kaler orange tu.. Sangat menggoda tapi belum pernah beli lagi. 2hari lepas aku tryla beli 2 potong ikan salmon dengan harga rm 9.99. 1kg ikan salmon ni berharga RM 29.90.

Mula-mula tak tau pun nak masak ape. Main beli je.. Sampai rumah google resepi, jumpalah resepi Grilled Salmon With Lemon Butter Sauce. Masalahnya kalau nak buat lemon butter sauce tu kena ada susu. Tapi kat rumah ni susu dah habis. So jomla masak guna barang yang ada dekat rumah ni. Hasilnya memnag sedap. hehe

Grilled Salmon with Fresh Salad

Grilled Salmon

Bahan-bahan:
2 potong ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit lada hitam kasar
Sos blackpper
Sedikit daun rosemary kering

Karrot
Bunga kubis
Daun Salad
Tomato
Timun Jepun
Lemon dipotong wedges
Mayonis
Sos tomato

Cara Memasak:
1. Perapkan ikan salmon bersama sedikit garam, lada hitam, sos lada hitam dan daun rosemary selama 30 minit.
2. Kemudian panaskan magic pan, masukkan sedikit saje minyak untuk taknak kasi salmon melekat. Grill salmon di dalam magic pan sehingga masak. Anda kena juga terbalik-terbalikkan salmon tu selalu untuk mengelakkan salmon hangus.
3. Celur karrot dan bunga kubis di dalam air panas. Toskan
4. Masukkan mayonis dan sedikit sos tomato di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan karrot dan bunga kubis yang telah dicelur kedalam mangkuk yang bersi mayonis dan sos tomato. Gaulkan.
6. Ikan salmon yang telah dimasak tadi bolehlah dimakan bersama sayur-sayuran dan juga boleh diperahkan sedikit lemon untuk memberi rasa yang sedap dan segar.

~ SELAMAT MENCUBA ~



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Thursday, June 19, 2014

Kelas Asas Dekorasi Kek

Hari Sabtu yang lepas aku pergi berguru Basic Buttercream Cake dengan Kak Ellie dari KekCawan.com.my. Dah lama sangat nak pergi kelas deko kek ni. Before this pernahlah try banyak resepi yang ada dekat internet n tengok youtube mat salleh deko kek. Tapi selalu sangat frust sebab tak jadi. Hahah

Banyak input yang aku dapat after datang kelas dengan Kak Ellie ni. Dia ajar daripada asas like kita ni tak tau langsung nak baking sampailah ke tips-tips kek semua tu. Siapa yang tengah mencari kelas deko kek tu, korang tryla contact Kak Ellie. Kelas tu diadakan dekat rumah Kak Ellie di Taman Tropika, Sg Tangkas, Bangi.

Kak Ellie
KekCawan.com.my

KakEllie tengah bagi penerangan pasal nozzle

Nilah kek yang bakal dideko oleh kitorang

Kek yang aku deko

Sempat jugak tengok Kak Ellie deko kek yang customer order

Kami bersama kek yang sudah siap di deko


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Resepi Fettucine Carbonara

Hai, hari ni aku nak share resepi Fettucine Carbonara. Senang sangat la untuk korang yang baru nak belajar masak sebab barang-barang takde banyak digunakan. Fettucine Carbonara version aku ni dia kering sikit. Takde kuah banyak sangat. If korang taknak guna Fettucine, boleh juga digantikan dengan pasta yang lain seperti spagetthi, macaroni, angel hair, spirals atau pun yang lain.


Fettucine Carbonara

Bahan-bahan yang deperlukan:
Fettucine (direbus dan ditoskan)
Garam
Minyak

4 sudu besar Sos Mushroom Carbonara jenama Prego
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu)
2 keping dada ayam (dihiris nipis)
1/2 batang Carrot
Kacang buncis (dipotong kecil)
Bunga kubis (dipotong kecil)
1/2 biji Tomato (dipotong dadu)
Minyak untuk menumis
Sedikit Garam
1/2 sudu besar Lada hitam
Sedikit Daun Parsley kering
Sedikit air

Cara Memasak:
1. Rebus Fettucine mengikut arahan yang terdapat pada pek plastik. Kemudian tambahkan sedikit garam dan minyak. Garam untuk memberi rasa masin sedikit pada pasta sekiranya kuah kurang masin. Minyak pula untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain apabila sudah ditoskan.
2. Setelah siap direbus, angkat fettucine dan lalukan dibawah air sejuk untuk mengelakkan pasta terlebih masak. Toskan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam dan masak sehingga isi ayam masak.
4. Kemudian, Masukkan bawang besar holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan Sos Mushroom Carbonara ke dalam kuali dan sedikit air. Biar sehingga mendidih. Jangan masukkan terlampau banyak air sebab resepi ni tidak memerlukan kuah yang banyak.
6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali tomato.
7. Masukkan lada hitam dan daun parsli.
8. Apabila kuah telah pekat, bolehlah dimasukkan tomato dan sedikit garam.
9. Akhir sekali, masukkan fettucine yang telah direbus dan gaul bersama kuah di dalam kuali.
10. Sekiranya hendak membuah kuah berasingan, sila berhenti sehingga langkah 8.


~ SELAMAT MENCUBA ~




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.