Thursday, June 19, 2014

Resepi Fettucine Carbonara

Hai, hari ni aku nak share resepi Fettucine Carbonara. Senang sangat la untuk korang yang baru nak belajar masak sebab barang-barang takde banyak digunakan. Fettucine Carbonara version aku ni dia kering sikit. Takde kuah banyak sangat. If korang taknak guna Fettucine, boleh juga digantikan dengan pasta yang lain seperti spagetthi, macaroni, angel hair, spirals atau pun yang lain.


Fettucine Carbonara

Bahan-bahan yang deperlukan:
Fettucine (direbus dan ditoskan)
Garam
Minyak

4 sudu besar Sos Mushroom Carbonara jenama Prego
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar holland (dipotong dadu)
2 keping dada ayam (dihiris nipis)
1/2 batang Carrot
Kacang buncis (dipotong kecil)
Bunga kubis (dipotong kecil)
1/2 biji Tomato (dipotong dadu)
Minyak untuk menumis
Sedikit Garam
1/2 sudu besar Lada hitam
Sedikit Daun Parsley kering
Sedikit air

Cara Memasak:
1. Rebus Fettucine mengikut arahan yang terdapat pada pek plastik. Kemudian tambahkan sedikit garam dan minyak. Garam untuk memberi rasa masin sedikit pada pasta sekiranya kuah kurang masin. Minyak pula untuk mengelakkan pasta melekat antara satu sama lain apabila sudah ditoskan.
2. Setelah siap direbus, angkat fettucine dan lalukan dibawah air sejuk untuk mengelakkan pasta terlebih masak. Toskan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam dan masak sehingga isi ayam masak.
4. Kemudian, Masukkan bawang besar holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan Sos Mushroom Carbonara ke dalam kuali dan sedikit air. Biar sehingga mendidih. Jangan masukkan terlampau banyak air sebab resepi ni tidak memerlukan kuah yang banyak.
6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kesemua sayur-sayuran kecuali tomato.
7. Masukkan lada hitam dan daun parsli.
8. Apabila kuah telah pekat, bolehlah dimasukkan tomato dan sedikit garam.
9. Akhir sekali, masukkan fettucine yang telah direbus dan gaul bersama kuah di dalam kuali.
10. Sekiranya hendak membuah kuah berasingan, sila berhenti sehingga langkah 8.


~ SELAMAT MENCUBA ~




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.