Friday, June 20, 2014

Resepi Grilled Salmon

Dah banyak kali pergi beli barang dapur kat Giant and ternampak Salmon. Dah la is dia cantik je kaler orange tu.. Sangat menggoda tapi belum pernah beli lagi. 2hari lepas aku tryla beli 2 potong ikan salmon dengan harga rm 9.99. 1kg ikan salmon ni berharga RM 29.90.

Mula-mula tak tau pun nak masak ape. Main beli je.. Sampai rumah google resepi, jumpalah resepi Grilled Salmon With Lemon Butter Sauce. Masalahnya kalau nak buat lemon butter sauce tu kena ada susu. Tapi kat rumah ni susu dah habis. So jomla masak guna barang yang ada dekat rumah ni. Hasilnya memnag sedap. hehe

Grilled Salmon with Fresh Salad

Grilled Salmon

Bahan-bahan:
2 potong ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit lada hitam kasar
Sos blackpper
Sedikit daun rosemary kering

Karrot
Bunga kubis
Daun Salad
Tomato
Timun Jepun
Lemon dipotong wedges
Mayonis
Sos tomato

Cara Memasak:
1. Perapkan ikan salmon bersama sedikit garam, lada hitam, sos lada hitam dan daun rosemary selama 30 minit.
2. Kemudian panaskan magic pan, masukkan sedikit saje minyak untuk taknak kasi salmon melekat. Grill salmon di dalam magic pan sehingga masak. Anda kena juga terbalik-terbalikkan salmon tu selalu untuk mengelakkan salmon hangus.
3. Celur karrot dan bunga kubis di dalam air panas. Toskan
4. Masukkan mayonis dan sedikit sos tomato di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan karrot dan bunga kubis yang telah dicelur kedalam mangkuk yang bersi mayonis dan sos tomato. Gaulkan.
6. Ikan salmon yang telah dimasak tadi bolehlah dimakan bersama sayur-sayuran dan juga boleh diperahkan sedikit lemon untuk memberi rasa yang sedap dan segar.

~ SELAMAT MENCUBA ~



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.