Wednesday, July 16, 2014

Sweet Cottage @ Menara Seri Wilayah, Putrajaya


Kepada warga Putrajaya, temui Sweet Cottage di Menara Seri Wilayah (Jumaat, 18 Julai 2014) dari jam 8am - 3pm. Anda boleh mendapatkan SET BERIANI DARAT JOHOR daripada kami. Selain itu, kami juga akan menjual cookies dan juga shawl.



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Tuesday, July 8, 2014

Resepi Ayam Goreng Pandan

Hai korang... Dah jumpa resepi nak masak untuk berbuka puasa nanti? Kalau belum jumpa tu, pergila google resepi kat internet. Banyak blog-blog resepi yang aku suka singgah especially Tiffinbiru, Azlita MasamManisHanaMemories, KitchenGuardian & Bisous a Toi. Banyak resepi lauk-pauk dan kek dalam blog tersebut.

Hari ni aku nak share dengan korang resepi Ayam Goreng Pandan @ Pandan Chicken. Ayamnya akan diperap dengan rempah-ratus dan dibalut dengan menggunakan daun pandan. Aroma daun pandan akan terbit dengan sewangi-wanginya apabila korang menggoreng ayam di dalam minyak. Resepi ni aku takde refer mana-mana blog. Ni hasil eksperimen kitorang adik beradik. hehe

Ayam Pandan ni sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau pun nasi beriani/ minyak / tomato. Kalau korang nak tau, ayam pandan ni kena rasa manis sedikit.

- Balut ayam dengan menggunakan daun pandan -

- Tadaa... Ayam goreng pandan telah siap dimasak -


Ayam Goreng Pandan

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam (bahagian peha, kepak & bertulang)
  • Ketumbar *
  • Jintan manis *
  • Jintan putih *
  • Serai *
  • Kunyit *
  • Halia *
  • Bawang merah *
  • Bawang Putih *
  • Garam *
  • Gula *
  • Madu *
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Pencungkil gigi (untuk mengikat daun pandan) 


Cara-cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda * sehingga halus.
  2. Perapkan ayam dengan bahan kisar selama lebih kurang 1jam. Lagi lama perap, lagi sedap rasa ayam.
  3. Selepas itu, balut ayam dengan daun pandan. Balut sehingga menutupi keseluruhan ayam. Cucukkan daun pandan bersama ayam dengan menggunakan pencungkil gigi.
  4. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak.



~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Resepi Eggless Chocolate Cake @ Kek Coklat Tanpa Telur

Hari ni aku nak share resepi Eggless Chocolate Cake / Kek Coklat Tanpa Telur. Actually, aku sebenarnya xsuka sangat makan telur. Tak tau lah kenapa. Tu yang terasa nak try resepi ni. Resepi kek coklat ni sangat sesuai untuk vegetarian kerana tidak menggunakan telur dan butter.

Kali ni aku refer resepi kek ni daripada Rakskitchen, salah satu blog makanan vegetarian. If korang nak tengok step by step, boleh buka blog tersebut. Ada ditunjuk cara bagaimana nak buat kek coklat.

Disebabkan kek ni tidak menggunakan telur, so kek ni tak naik tinggi. Lebih kurang 1inci lebih je ketinggian kek ni. Boleh tahan sedap jugak rasa kek coklat ni.



EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Source: Rakskitchen

Ingredients


Plainflour/All purpose flour/Maida 1& 1/2cups 
Coco powder(I used Hershey's) 3 tblsp 
Sugar 1 cup 
Oil (I used sunflower oil) 1/4 cup 
Baking Soda 1 tsp 
Lemon juice/Vinegar 1 tblsp 
Water 1 cup 
Salt 1/4 tsp 
Vanilla essence 1/2 tblsp 

Method:

  1. Pre heat the oven to 180 deg C.Mix the plain flour,coco powder and baking soda and sieve them to ensure even mixing.Keep aside.
  2. Mix water,sugar,salt and make sure the sugar gets dissolved and then add lemon juice/vineger,oil and vanilla essence and mix well.
  3. Add the sifted flour and mix well.Grease a baking pan with oil and dust with some flour,then pour the batter to it. (the batter will be watery)
  4. Bake for 35 – 40 minutes or until a toothpick inserted comes out dry. Mine got baked at 35 minutes.
  5. After done,cool down the cake for 10-15 minutes and then invert in a wire rack,let it get cooled completely and then cut into pieces.
  6. When I tried inverting the cake immediately last time I had some broken pieces,so this time I waited for some time and then invered the cake in wire rack..Dont let it cool down for more than 15 minutes.



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Thursday, July 3, 2014

Resepi Kuih Dangai @ Rangin

Hai korang. Sejak banyak masa dekat rumah ni, rajinlah aku try macam-macam resepi. Ada 1 haritu teringinn sangat nak makan Kuih Dangai. Kat area rumah ni takde orang jual Kuih Dangai..

Ada certain orang panggil Kuih Dangai ni as Kuih Rangin. Ikut koranglah nak panggil kuih ape. Jom tengok resepi. Kot2 la korang nak try masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Bahan-bahan tersangatlah senang nak cari.

Kuih Dangai @ Rangin
Source: Cikgu ERT

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk kelapa parut putih
  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (ikut suka nak manis macam mana)
  • 1/2 camca teh garam halus


Cara-cara memasak:
  1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-ketul.
  3. Panaskan sekejap loyang acuan kuih dangai ke dalam ketuhar.
  4. Letakkan satu lapisan nipis kedalam loyang. Lapisan pertama tidak perlu dimasukkan gula bagi memudahkan untuk keluarkan kuih nanti.
  5. Baki campuran di gaul dengan gula.
  6. Masukkan baki kelapa kesemua dalam loyang. Pastikan penuh dan rata. Tidak perlu ditekan.
  7. Bakar dalam api sederhana ketuhar sehingga kekuningan.




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.