Tuesday, July 8, 2014

Resepi Ayam Goreng Pandan

Hai korang... Dah jumpa resepi nak masak untuk berbuka puasa nanti? Kalau belum jumpa tu, pergila google resepi kat internet. Banyak blog-blog resepi yang aku suka singgah especially Tiffinbiru, Azlita MasamManisHanaMemories, KitchenGuardian & Bisous a Toi. Banyak resepi lauk-pauk dan kek dalam blog tersebut.

Hari ni aku nak share dengan korang resepi Ayam Goreng Pandan @ Pandan Chicken. Ayamnya akan diperap dengan rempah-ratus dan dibalut dengan menggunakan daun pandan. Aroma daun pandan akan terbit dengan sewangi-wanginya apabila korang menggoreng ayam di dalam minyak. Resepi ni aku takde refer mana-mana blog. Ni hasil eksperimen kitorang adik beradik. hehe

Ayam Pandan ni sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau pun nasi beriani/ minyak / tomato. Kalau korang nak tau, ayam pandan ni kena rasa manis sedikit.

- Balut ayam dengan menggunakan daun pandan -

- Tadaa... Ayam goreng pandan telah siap dimasak -


Ayam Goreng Pandan

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam (bahagian peha, kepak & bertulang)
  • Ketumbar *
  • Jintan manis *
  • Jintan putih *
  • Serai *
  • Kunyit *
  • Halia *
  • Bawang merah *
  • Bawang Putih *
  • Garam *
  • Gula *
  • Madu *
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Pencungkil gigi (untuk mengikat daun pandan) 


Cara-cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda * sehingga halus.
  2. Perapkan ayam dengan bahan kisar selama lebih kurang 1jam. Lagi lama perap, lagi sedap rasa ayam.
  3. Selepas itu, balut ayam dengan daun pandan. Balut sehingga menutupi keseluruhan ayam. Cucukkan daun pandan bersama ayam dengan menggunakan pencungkil gigi.
  4. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak.



~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.