Thursday, July 3, 2014

Resepi Kuih Dangai @ Rangin

Hai korang. Sejak banyak masa dekat rumah ni, rajinlah aku try macam-macam resepi. Ada 1 haritu teringinn sangat nak makan Kuih Dangai. Kat area rumah ni takde orang jual Kuih Dangai..

Ada certain orang panggil Kuih Dangai ni as Kuih Rangin. Ikut koranglah nak panggil kuih ape. Jom tengok resepi. Kot2 la korang nak try masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Bahan-bahan tersangatlah senang nak cari.

Kuih Dangai @ Rangin
Source: Cikgu ERT

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk kelapa parut putih
  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (ikut suka nak manis macam mana)
  • 1/2 camca teh garam halus


Cara-cara memasak:
  1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-ketul.
  3. Panaskan sekejap loyang acuan kuih dangai ke dalam ketuhar.
  4. Letakkan satu lapisan nipis kedalam loyang. Lapisan pertama tidak perlu dimasukkan gula bagi memudahkan untuk keluarkan kuih nanti.
  5. Baki campuran di gaul dengan gula.
  6. Masukkan baki kelapa kesemua dalam loyang. Pastikan penuh dan rata. Tidak perlu ditekan.
  7. Bakar dalam api sederhana ketuhar sehingga kekuningan.




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.