Tuesday, August 19, 2014

Resepi Kebab Ayam Yang Sangat Sedapp

Semenjak sambung belajar balik ni, pagi2 memang confirm akan siapkan breakfast untuk husband. Dulu time still bekerja, memang jarang ada masa untuk buat breakfast pagi2. Biasanya dulu beli je dekat bawah ofis. Disebabkan situation sekarang dah berubah, so kalau aku tak masak breakfast, kang nanti aku nak makan apa pulak kan..hehe..So gagahkan diri untuk masak.

Biasanya untuk breakfast husband memang tak makan berat2 sangat. So last week dapat idea nak buat Kebab Ayam. Simple je resepi ni based on pemerhatian saya terhadap peniaga kebab di pasar malam.


Kebab Ayam

Bahan-bahan:

  • Roti Pita secukupnya
  • 3 keping dada ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Sos Cili
  • Sos Lada Hitam
  • Mayonis
  • Lettuce Iceberg
  • Tomato Ceri
  • Daun Pudina
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Sedikit minyak

Cara Memasak:
  1. Perap dada ayam bersama serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Simpan semalaman di dalam peti ais.
  2. Panaskan roti pita mengikut arahan yang terdapat pada plastik.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam pan. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam pan. Goreng sehingga ayam masak.
  4. Apabila ayam masak, carik-carikkan isi ayam tu dan masukkan bawang yang telah dipotong dadu dan sos cili. Gaul sehingga sebati.
  5. Susunkan lettuce iceberg, tomato ceri dan daun pudina ke dalam roti pita. Kemudian masukkan ayam yang telah siap dimasak. Masukkan sos cili, lada hitam serta mayonis dan sedia untuk dimakan :)



Lately ni memang saya sangat suka makan salad bersama dengan daun pudina. Rasa freshness selepas menggigit pudina sangatlah sedap.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

2 comments:

juliana RR said...

yummy tu iylia.......btul kunyah fresh sayur mmg mengkhayalkan

Innanie Ariffin said...

ui sedap!

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.