Tuesday, October 28, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Sekarang ni kan kalau korang perasan kat Fb tengah viral gambar2 jeruk mangga asam boi ni. Pergh..terliur dibuatnye..Dah la aku ni memang penggemar jeruk2 ni. So kelmarin pergi cari mangga muda kat pasar malam. Balik tu terus je buat. Sangat2 senang nak buat. Tapi kalau korang xrajin, ada je orang yang jual jeruk ni. Berlambak jugak nampak orang jual kat FB n ada juga dekat pasar malam.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
Source: Group Resepi Ringkas

Mangga Muda
Gula
Garam
Cili padi
Asam boi

1. Kupas mangga muda dan potong ikut citarasa masing-masing. Cuci dan toskan sebentar sehingga air kering.
2. Gaulkan mangga bersama garam, gula, cilipadi dan asam boi.
3. Simpan di dalam peti sejuk dulu selama 2-3 jam sebelum di makan.


~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Wednesday, October 8, 2014

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum dan apa khabar kepada semua pembaca blog saya. Dah lama rasanya tak update blog ni. Makin lama makin menghilang je..hehe

Almaklumlah sekarang ni saya dah start masuk Semester 2 untuk program Master n sedikit-sebanyak masa saya banyak dihabiskan dengan membuat assignment yang tengah melambak-lambak ni. Tapi saya still akan curi-curi masa untuk menyiapkan tempahan kek, cupcake & tartlet dari customer yang sangat-sangat menyokong bisnes kecil-kecilan Sweet Cottage. Kalau ada sesiapa yang terbaca dan teringin untuk membuat tempahan aneka jenis kek, cupcake, tartlet n etc, bolehlah korang contact saya ye. Insyaallah saya akan reply all the queries dengan kadar yang cepat.



Ok, hari ni saya nak share resepi Kek Coklat Moist/ Kek Coklat Lembap yang sangat-sangat sedap, lembut & chocolatey. Raya Haji yang lepas saya dah siapkan cupcake untuk di hantar ke rumah ayah saya dan ke rumah mertua. Laju je cupcake2 tu habis sebab sedap sangat diorg cakap. Saya recommend dekat korang semua untuk try buat kek ni :)


Resepi Kek Chocolate Moist
Sumber: HanaMemories


Bahan-bahan
Bahan Kek 

  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

** untuk text yang colour merah tu untuk loyang saiz 7inci **

Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.

-- Kalau korang nak buat Kek macam K. Hana tu, bolehlah refer tips dari dia ni ye --

Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.



~~ Selamat Mencuba ~~



p/s: Untuk tempahan aneka jenis kek, cupcake, tartlet, cream puff, eclairs, pavlova, brownies, pudding, coklat,chicken pie, bolognaise spagetti & karipap, bolehlah whatsapp saya 014-2698020.
Sila follow Instagram: @sweetcottagebiz    Blog: lovelysweetcottage.blogspot.com




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate & Cake, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.